kLiK-kLiK with JJ

Follower

Wednesday 11 July 2012

Tips Penjagaan Tudung Bawal...!!! :)

assalammualaikum...

ari nih saya nak bagi tip2 penjagaan tudung bawal...
nampak cam senang nak jaga kan.. tapi bila dah
tudung x terbentuk gan cantik kat muka kita.. 
 haaa.....baru time 2 kita nak mengelabah kan... 

so pa yang patut kita wat .....

Walaupun cantik, tudung bawal merupakan sejenis kain yang sensitif. Kebanyakan tudung bawal, sama ada dari jepun, kelantan atau mana-mana sekalipun adalah sangat nipis, bergantung kepada jenis kain bawal. 


Berikut ialah kaedah penjagaan tudung bawal:
Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.





Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.



Harap-harap tips penjagaan tudung ni dapat membantu anda dalam menjaga dan mengekalkan keanggunan tudung-tudung anda. Penjagaan tudung yang betul boleh buatkan tudung bawal anda tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.

          

p.s:: slamat beramal dengan tip nih...  n egat wlaupon tudung yang kita beli 2 murah.. tapi kalau x jaga gan elok x guna gak kann3... 


No comments:

Post a Comment